Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Bahagian hati

Hati ada tiga : Qalbun Maridh Qalbun Salim Qalbun Mayit "Qalbun Mayyit iaitu, Hati yang mati. Teguran dibalas dengan cacian. Dambakan kuasa & harta . Cintakan dunia takutkan mati. Hati gelap." . "Qalbun Salim ialah, Hati yang sejahtera. Beriman sepenuhnya kepada Allah dan rasul. Suka kepada teguran & benci kepada pujian. Sentiasa utk Allah." . "Qalbun Maridh adalah, Hati yang sakit, banyak buat maksiat, tapi masih boleh diubati. Masih boleh menerima teguran dan ada usaha ke arah kebaikan... #semoga kita sama2 dapat qalbun salim. Hati yg tidak sampai hati melihat islam terhina. Hati yg nak bela islam.

Sajak

Nafsu itu perlu tenang Engkau hendak berubah Tetapi dengan nafsu sendiri engkau rebah Engkau hendak baiki diri Malangnya engkau selalu memilih jalan kiri Hati engkau jelas kelihatan lesu Kerana taubat engkau semuanya palsu Ujian datang untuk lemahkan nafsu Bodohnya engkau kerana nafsu tidak membisu Lidah mengatakan hati kian retak Tetapi nafsumu tidak pernah engkau hentak Mulut petah berkata berbagai rentak Tetapi dengan hati engkau buat lantak Jiwamu seolah olah tidak takut perang Perjuangnmu sentiasa diiringi parang Sebenarnya engkau temberang Kerana mengutamakan engkau punya pantang larang Nafsu perlu tenang Hati sewajibnya menang Air mata hati perlu bergenang Agar di akhirat nanti kita senang Nukilan us adib at tamimi

Hati bersih

Sikap Orang Berhati Bersih (Orang Roh) Sikap seorang yang bersih hatinya , Senang saja dengan manusia didalam pergaulannya,'- Hatinya dengan Tuhan, jasadnya dengan manusia, Boleh bergaul di dalam apa sahaja keadaan hatinya terpelihara, Dia tidak dapat dicorak oleh (kerosakan) masyarakatnya, Sentiasa berlapang dada sering bertolak ansur sesama manusia, Dengan karenah manusia dia berlapang dada menerimanya, Kesalahan dan kesilapan manusia dia mudah memaafkanya, Kalau dia bersalah, mudah pula meminta maaf kepada mereka, Bertimbang rasa, rasa bersama bekerjasama sesama manusia selagi tidak ada pantang larang agama, Sanggup bersusah payah kerana orang yang memerlukan tenaga dan bantuannya, Boleh menanggung penderitaan tidak menyusahkan orang, Hatinya susah kerana kesusahan orang , Rasa senang kerana kesenangan orang, Kelebihan orang dia tidak hasad dengki, Kemiskinan orang atau kelemahannya tidak pula menghinanya, Suka menolong orang selagi mampu mengusahakannya, Susah ...

Ubat dan Racun

Jasad ibarat makan ubat selepas itu makan racun, makan ubat balik selepas itu makan racun , ubat , racun , ubat , racun. Begitulah berulang2 kali. Bila nak sihat kalau macamtu? Macam hati jugaklah taubat , buat dosa, taubat lagi , lupa Allah lagi, taubat lagi lagi , cuai lalai santai lagi lagi. Bila hati itu nak bersih ? Bila hati itu nak nampak Allah ?

Selamat Hari Lahir Abuya yg dirindui

Hari Lahir Abuya 30 OKTOBER 1937 Masa Kecil : Masa Kelahiran yang Dijanjikan Ashaari Muhammad bin Idris bin Malik bin Abdul Kadir. Biasa disapa dengan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi, dilahirkan di kampung Pilin, Negeri Sembilan Malaysia, 30 Oktober 1937 yang silam. Dalam dirinya terdapat asal-usul keturunan Arab dari Bani Tamim yang dibawa dari ayahandanya, sementara ibundanya masih memiliki nasab keturunan Rasulullah SAW dari belahan Sayidina Hussein. Dalam dirinya juga terdapat asal-usul keturunan Jawa dari Wonosobo. Moyangnya termasuk orang yang awal masuk Islam di tanah Jawa. Diriwayatkan oleh Kyai Mahmud bahwa sebelum kelahiran Abuya, Sayyidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi –dikenal juga dengan Mbah Agong, karena banyak ulama ulama besar belajar kepada beliau- (pengasas tareqat Aurad Muhammadiah) pernah berkata padanya, “Perjuangan saya ini suatu saat akan seperti anak ayam kehilangan induk ketika ketiadaan saya, tapi nanti ia akan bersambung ol...

Selamatkanlah hati ini...

Imej
H ebat nya bila hati hanya Allah yang memenuhi disegenapnya tanpa dunia dan segala yg dicinta , Allah pastinya akan membayar dgn harga tertinggi utk sekeping hati . Hebatnya. Hebatnya. Hebatnya Allah menciptakan hati yang sebegitu , hati yg takut dengan Allah , yang cemas dengan Allah , yang rindu dengan Allah , yang cinta dengan Allah , yang tidak pernah selesa dgn dunia, yang tidak pernah putus dengan Allah segalanya Allahlah..Allah Maha Pencipta Wahai pencipta hati , jadikanlah hati ini seperti hati itu . hati yang hidup , hati yg rasa. bukan hati yang mati sebelum mati. menangislah wahai hati akan nasibmu , jangan berhenti menangis. menangislah sebab tak dpt lagi hati yg sebegitu, Hati hamba.   billakah lagi wahai hati ? bila lagi wahai hati ? Bila lagi nak dapatkan rasa2 itu? Bila bila bila lagi? #TFTLG