Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 15, 2016

*Ibu yang tersasar doa. Terlupa istighfar selama 25 tahun..!*

Aku sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelakiku yang masih kecil berlari ke arahku..! Dia terlanggar satu pasu bunga yang dibuat daripada kaca..! Pecah hancur berkecai..! Aku benar-benar marah kerana pasu itu memang mahal harganya. Tanpa ku sedari, aku telah melontarkan kata-kata, "Mati engkau hendaknya..! Semoga budak ni ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulang kau hancur..!” Tahun demi tahun berlalu..! Anak lelakiku membesar, aku dah lupa akan doa itu. Aku pun tak anggapnya penting dan aku tak tahu bahawa doa itu telah naik ke langit..! Anak lelakiku dan adik-adiknya yang lain sedang membesar..! Dia anak sulong yang paling aku sayangi dari anak-anakku yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghurmati aku dan berbakti kepadaku dibandingkan adik-adiknya yang lain..! Kini dia telah menjadi seorang Jurutera yang berjaya..! Tak lama lagi dia akan berkahwin. Tak sabar rasanya aku nak menimang cucu..! Ayahnya ada sebuah bangunan yang dah uzur dan ingin dibaik-p...