Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 4, 2015

Hati bersih

Sikap Orang Berhati Bersih (Orang Roh) Sikap seorang yang bersih hatinya , Senang saja dengan manusia didalam pergaulannya,'- Hatinya dengan Tuhan, jasadnya dengan manusia, Boleh bergaul di dalam apa sahaja keadaan hatinya terpelihara, Dia tidak dapat dicorak oleh (kerosakan) masyarakatnya, Sentiasa berlapang dada sering bertolak ansur sesama manusia, Dengan karenah manusia dia berlapang dada menerimanya, Kesalahan dan kesilapan manusia dia mudah memaafkanya, Kalau dia bersalah, mudah pula meminta maaf kepada mereka, Bertimbang rasa, rasa bersama bekerjasama sesama manusia selagi tidak ada pantang larang agama, Sanggup bersusah payah kerana orang yang memerlukan tenaga dan bantuannya, Boleh menanggung penderitaan tidak menyusahkan orang, Hatinya susah kerana kesusahan orang , Rasa senang kerana kesenangan orang, Kelebihan orang dia tidak hasad dengki, Kemiskinan orang atau kelemahannya tidak pula menghinanya, Suka menolong orang selagi mampu mengusahakannya, Susah ...

Ubat dan Racun

Jasad ibarat makan ubat selepas itu makan racun, makan ubat balik selepas itu makan racun , ubat , racun , ubat , racun. Begitulah berulang2 kali. Bila nak sihat kalau macamtu? Macam hati jugaklah taubat , buat dosa, taubat lagi , lupa Allah lagi, taubat lagi lagi , cuai lalai santai lagi lagi. Bila hati itu nak bersih ? Bila hati itu nak nampak Allah ?