Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 11, 2015

Sajak

Nafsu itu perlu tenang Engkau hendak berubah Tetapi dengan nafsu sendiri engkau rebah Engkau hendak baiki diri Malangnya engkau selalu memilih jalan kiri Hati engkau jelas kelihatan lesu Kerana taubat engkau semuanya palsu Ujian datang untuk lemahkan nafsu Bodohnya engkau kerana nafsu tidak membisu Lidah mengatakan hati kian retak Tetapi nafsumu tidak pernah engkau hentak Mulut petah berkata berbagai rentak Tetapi dengan hati engkau buat lantak Jiwamu seolah olah tidak takut perang Perjuangnmu sentiasa diiringi parang Sebenarnya engkau temberang Kerana mengutamakan engkau punya pantang larang Nafsu perlu tenang Hati sewajibnya menang Air mata hati perlu bergenang Agar di akhirat nanti kita senang Nukilan us adib at tamimi