QD prolog

" korg rase antara kite bertiga ni sape yg agaknya kawen dlu eh?"
B melihat sepasang pengantin yg sedang posing utk photoshoot di hadapan tasik.
N dan R turut melihat apa yg dilihat oleh B. 
"aku rase kau la kot, sbb ayah kau kan ade pengaruh dlm syarikat ni." N menjawab.

Kebiasaan pada waktu petang ,mereka akan melarikan diri dari kesibukkan dunia ke tasik yg berada di kawasan itu.

"eh.  Ape pulak? " B garu kepalanya yg sememangnya gatal.
" ye la, ayah aku cane? Tengoklah abg2 kakak2 aku semua tak kawen lg kot,  laen la kau kan kan kan,   R? " N pandang R yg sepertinya leka melihat suasana itu, seakan tidak mempedulikan perbualan rancak kedua mereka.

"err,  jodoh tu kan Allah yg tentukan? " R tak tahu nak backup siapa sbb dua2 kawannya.
" tak.  Aku yakin mesti B yg kawen dlu." tegas N seperti biasa wataknya selalu nk menang, adakalanya selalu juga mengalah. Tengok mood dia la kot.
B ketawa "ye la tu. Mmg aku nak kawen dlu pun, aku kan lahir dulu dari korg dan cuba korang tengok budak  cameraman tu , tidakkah beliau begitu hensem siott !! uuuu "
Memang kebiasaannya B yang suka mengarut.

N membuntangkan matanya yang sedia dimaklum sudah cukup bulat.
" B jagalah mata tu !! Dan memg hensem pun. Hahaha"
R tetaplah dgn senyumannya itu melayan kerenah kawan2nya .

**********************************

5 tahun kemudian,,

"beb!  Tahniahhhh! tak sangka kau yg kawen dlu. Sekati je potong line aku"
N senyum sipu, malu dengan gurauan B
 
"ee malu la aku, kau ni ! '' merona merah dipipi si ratu sehari dek usikan dari kawannya.

"haha sejak bile ntah jadi pemalu ni " B membahan.

" sejak da ade laki la makcik oii" R menyampuk sambil membetulkn speknya.
" ye la tu, sejak aku ade cik abang, hahaha..
Papepun beb syukran dpt hadirkn diri walaupun time nikah korg takde disisiku, ewah !  " ;
N da mula buat cite sedih. B peluk bahu N.
" emm sory la N, kau kan ade Allah dan Nabi. Aku kan terlibat dgn urusan yg lebih besar lagi.  Kau kan kuat. R, bukan kau gerak semalam ke? "

R cubit pipi B yg tembam lagi comel yang sentiasa dijadikan sasaran tangan sasa si R.

" kan aku da ws kau yg aku tak sempat,  nme pun naik ktm beb. "

" eh! ade eh? " tanya B blurr buka apps ws.
R baru nak buka mulut nak membalas,  N mula bersuara " da la korg ni da sampai pun,  ni korg da makan belum? Pergilah makan dlu. Suami aku panggil jap" N gerak menuju ke suaminya, Is.

Masing2 buat hala laluan sendiri sejak 2 tahun lepas. B dihantar ke cawangan lain. R pula kerana urusan keluarga. Dan N tetaplah dgn kerja nya yg lama iaitu sebagai seorang tukang masak. Adakalanya mereka bertanya khabar masing masing dan melepaskan rindu. Berbual itu dan ini, bertanya pendapat dan berkongsi ilmu.

  B termenung sendirian di meja luar Gh corner yang sedang dalam proses renovation. Teringat kisah kisah sebelum dia meninggalkan melaka. Dulu rasanya macam macam pahit dan manis yang mereka bertiga lalui. Berperang hati dan mulutlah, kongsi tangis sama sama.
Teringat masa melarikan diri dengan R bila gaduh dengan N. selalunya mangsa diheret adalah R. Kalau sesi baik nanti, mulalah buat macam majlis perpisahan. Itulah adat resam dalam persahabatan. Gaduh dan baik semula tu tak pernah lari.

Flashback ------

'' Weyh R,ingat tak bunga apa kita conteng kat dinding rumah PK waktu kena tinggal bertiga tu ?? ''; B merenung wajah R mengharap R sudi ingat separuh momento mase jadi Boboiboy kuasa 3 . '' Bunga ros, pastu ade tulis nme kita bertiga. bawah tu secara officialnya mengistiharkan kita pun Qd..hahaha  Qd sgt mse tu kan ? "

"Ingat tak nama nama apa yang kita bagi kat budak budak tu ?" B tanya R lagi, Konon macam kod rahsia kalau nak mengumpat pasal depa. Sebab tu la nama mereka dicipta.


Bersambung..... 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tuntutan

*Ibu yang tersasar doa. Terlupa istighfar selama 25 tahun..!*